Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insurans kenderaan baru bagi pemandu Grab sambilan

May 12, 2016 | 08:23 AM



SATU insurans kenderaan baru bagi pemandu kenderaan sewa privet sambilan dilancarkan pada Rabu (11 Mei), untuk membantu mereka menurunkan premium dan menarik pendatang baru menyertai industri itu.



Dilancarkan bersama oleh AXA Insurance Singapore dan aplikasi pengangkutan Grab, insurans berdasarkan 'bayar apabila gunakan' itu disasarkan pada pemandu GrabCar.



Ia bertujuan menggalak lebih ramai pemilik kereta privet menjadi pemandu Grab, dengan mengurangkan kos pendahuluan seperti insurans kenderaan komersial, yang boleh mencapai sekitar $3,000 setahun - kira-kira 30 hingga 50 peratus lebih tinggi daripada insurans kereta biasa untuk kegunaan peribadi.



Ketua Grab Singapore, Encik Lim Kell Jay, berkata syarikatnya mahu menjadikan kos memandu bagi GrabCar lebih rendah untuk menarik pemandu baru.



Walaupun terdapat kira-kira 6,000 hingga 8,000 pemandu sewa privet sepenuh masa di sini, Encik Lim berkata pemandu sambilan boleh meningkatkan "bekalan sementara" kereta yang diperlukan bagi membawa penumpang pada waktu sibuk.



Dipanggil AXA Pay-As-You-Grab, insurans itu boleh membantu pemandu menjimat hingga 30 peratus premium insurans kenderaan komersial mereka, kata AXA dan Grab.



Pemegang polisi itu membayar 70 peratus daripada premium asas, dan 6 sen bagi setiap kilometer yang dipandu, dihadkan pada 100 peratus daripada premium asas.



Jarak perjalanan dicatat menggunakan aplikasi Grab apabila pemandu menerima tugas GrabCar, dan bukan apabila beliau menggunakan kenderaan itu untuk perjalanan peribadi.



Memetik contoh seorang pemandu kereta sewa privet berusia 40 tahun yang melakukan kira-kira 15 perjalanan seminggu, AXA dan Grab berkata beliau akan membayar $2,568 setahun bagi insurans kenderaan komersial, bukan $3,000.



Insurans itu tidak menghalang pemandu GrabCar menerima tugas daripada platform sewa privet lain.



Jika berlaku kemalangan semasa melakukan tugas GrabCar, pemandu membayar deduktibel (kos yang perlu ditanggung sebelum berhak menerima pampasan daripada syarikat insurans) sebanyak $2,000, berbanding $5,000 bagi tugas daripada platform sewa privet lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >