Internet ubah tanggapan orang terhadap dunia: Vivian

PENGGANASAN dapat berkembang dalam zaman moden kerana Internet telah mengubah cara orang melihat dunia, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pada pagi Isnin (11 April).

Beliau memberi contoh bagaimana media massa tradisional telah menyerahkan kepada penyebaran maklumat kepada khalayak sempit, (narrow-casting), di mana orang cenderung menapis berita yang mereka tidak mahu dengar.

"Kita kini hidup dalam dunia kamar gema berpecah-pecah," kata Dr Balakrishnan. "Ini membawa kepada wacana cetek... dan penyempitan fikiran."

Melalui Internet, katanya, pertubuhan pengganas juga telah dapat mewujudkan "suku global" yang terpisah secara geografi tetapi berkongsi pandangan dunia yang sama.

Ini seterusnya menimbulkan serangan individu yang bertindak sendirian, yang sebelum ini tidak dikenali sebagai risiko oleh agensi keselamatan negara.

Dr Balakrishnan berkata demikian dalam perasmian Program Asia-Pasifik bagi Pegawai Keselamatan Negara Kanan, yang akan berakhir pada Jumaat.

Persidangan itu melibatkan lebih 70 pakar keselamatan dari lebih 25 negara, termasuk Australia, Jepun, dan Amerika Syarikat.

Dr Balakrishnan juga bercakap mengenai peri penting keselamatan siber, terutama peri perlu setiap negara mengimbangi isu berduri seperti kebebasan bersuara seseorang berbanding haknya mendapat privasi dalam talian.

Ini kerana dunia nyata dan siber tidak bebas daripada satu sama lain, katanya.

"Apa yang berlaku di ruang siber mempunyai kesan nyata ke atas dunia nyata," katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.