Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

iPhone 8 dilancar di S'pura, produk utama dilancar Apple di stor Orchard Road

Sep 22, 2017 | 11:21 AM



Stor Apple di Orchard Road dibanjiri pelanggan yang ingin membeli iPhone 8 sebaik sahaja ia dibuka sekitar 8 pagi pada 22 September, 



Pelanggan yang telah memesan telefon bijak iPhone terbaru itu terlebih dahulu dibenar memasuki stor lebih awal daripada yang baru sahaja beratur.



Setiap pelanggan yang beratur dibenar membeli dua iPhone 8 sahaja.



Pelanggan pertama yang membeli iPhone 8 ialah Encik Varis Sinthopruangchai, 20 tahun, menurut akhbar The Straits Times.



Mahasiswa dari Thailand yang kini sedang menyertai program pertukaran pelajar di Universiti Nasional Singapura (NUS) itu adalah pelanggan pertama yagn membeli iPhone 8 dan 8 Plus.



Pelanggan telah beratur di luar stor Apple sejak Khamis 21 September dan jumlah kumpulan ini menjadi 200 apabila pintu dibuka.



Ini adalah pelancaran produk utama pertama di stor ini sejak ia dibuka Mei lalu.



iPhone 8 dijual dengan harga $1,148 (64GB) dan $1,388 (256GB), sementara iPhone 8 Plus berharga $1,308 (64GB) dan $1,548 (256GB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >