Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IPS bentang dapatan tinjauan pasca pilihan raya umum

Nov 04, 2015 | 06:09 PM



PERATUSAN undi nasional mencapai sehingga 9.8 peratus yang diraih Parti Tindakan Rakyat (PAP) semasa Pilihan Raya Umum (PRU) pada 11 September lalu, mungkin disebabkan sokongan yang diberikan golongan berpendapatan tinggi dan sederhana.


Ini berbanding keputusan pada pilihan raya umum 2011 di mana golongan ini yang ingin menyaksikan pluralisme politik di sini.


Demikian hasil dapatan tinjauan yang dilakukan Institut Kajian Dasar (IPS), yang mengadakan tinjauan rambang ke atas 2,015 warga Singapura yang berada dalam lingkungan usia 'boleh mengundi'.


Hasil dapatan itu telah dibentangkan dalam satu persidangan pasca pilihan raya yang dianjurkan badan pemikir itu pagi tadi.


Menurut IPS, PRU 2011 menyaksikan peratusan undi popular PAP jatuh dari 66.6 peratus pada 2006 kepada 60.1 peratus pada 2011, dan Parti Pekerja (WP) menjadi parti politik pembangkang pertama memenangi sebuah kawasan undi perwakilan kumpulan (GRC).


Keupayaan PAP meraih 69.9 peratus undi popular memeranjatkan ramai, kata IPS.


Badan yang mengadakan tinjauan serupa selepas PRU 2006 dan PRU 2011 menyatakan, ia mendapati meskipun sokongan untuk kepelbagaian dalam pandangan politik rata-rata merosot, namun penurunan paling jelas dilihat datangnya dari golongan yang mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan pasca menengah, isi rumah berpendapatan rendah dan tinggi, dan mereka yang tinggal di flat empat bilik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >