Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Irfan Fandi bangga sarung 'jersi' polis

May 04, 2017 | 05:30 AM



BAGI anak sulung legenda bola sepak Singapura Fandi Ahmad, Irfan Fandi, kemahiran mengurus masa dengan baik dan disiplin yang dipelajari menerusi bola sepak membantunya menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Irfan, 19 tahun, yang berkhidmat dalam Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom) pasukan polis, berkata dua nilai itu juga dianggap penting oleh ketua pasukannya dalam NS.



"Dalam bola sepak, kami harus kekal disiplin baik di dalam mahupun luar padang. Sama dengan apa yang sering diingatkan jurulatih bola sepak saya, ketua pasukan saya di NS juga sentiasa menekankan disiplin," katanya dalam wawancara bersama Berita Harian sempena Pertunjukan dan Pesta Home Team (HTSF) di Hab Sukan Singapura minggu ini.



NS juga menyedarkan Irfan bahawa beliau berupaya melakukan perkara yang sebelum ini beliau anggap di luar kemampuannya.



Menyingkap pengalamannya semasa menjalani latihan asas, Irfan berkata beliau pernah terfikir hendak berputus asa. Namun, teman-teman dan orang sekeliling tidak henti memberinya galakan.



Melebihi cabaran dari segi jasmani, latihan NS mencabar daya tahan mental Irfan, yang perlu berjauhan daripada keluarga.



"Selalunya kalau saya berjauhan daripada keluarga bagi perlawanan bola sepak dan sebagainya, saya bersama orang yang saya kenali. Namun semasa baru menjalani NS, agak sukar pada mulanya kerana sekitarannya baru dan saya bersama orang yang saya tidak kenal," ujarnya.



Namun, Irfan sedar jika beliau beri tumpuan sepenuhnya pada sesuatu, pasti beliau dapat mengatasi apa jua cabaran yang dihadapi.



Selain itu, Irfan belajar bahawa setiap masalah ada huraiannya, walau sesukar mana masalah itu.



Irfan berkata sebagai anak sulung, beliau tidak mempunyai sesiapa dalam kalangan adik-beradiknya untuk bertanya tentang pengalaman NS sebelum menjalaninya April tahun lalu. Namun, bapanya sering menceritakan tentang pengalaman NS beliau kepada anak sulung keluarga lima beradik itu.



"Walaupun pengalaman ayah saya berbeza, beliau selalu mengingatkan saya agar kekal berdisiplin, selain mendengar dan melakukan segala arahan yang diberi pegawai atasan," kata Irfan, yang juga dipilih menjadi penyokong antidadah Biro Narkotik Pusat (CNB) baru-baru ini.



Pelantikan di CNB itu amat bererti bagi Irfan kerana beliau menganggap itu cara beliau menyumbang semula kepada masyarakat.



"Sebagai atlit, saya mengamalkan gaya hidup sihat... dan kalau ambil dadah, prestasi saya pasti akan merosot.



"Saya berharap saya dapat menyebarkan mesej kepada belia bahawa dadah bukan penyelesaian bagi sebarang masalah.



"Sebaliknya, kita harus menumpukan perhatian pada kegiatan sihat seperti bola sepak dan pada matlamat diri kita sendiri," ujarnya.



HTSF tahun ini dianjurkan bagi memberi penghormatan kepada semua pegawai Home Team, termasuk pegawai tetap dan anggota NS yang telah memainkan peranan penting menjaga keselamatan Singapura.



Pesta itu diadakan juga sempena ulang tahun ke-50 NS tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >