SEBANYAK sembilan wakil Pertubuhan Antara Agama (IRO) telah menghadiri satu upacara memperingati Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew yang berlangsung di ibu pejabatnya di Palmer Road semalam.
Selain menandatangani buku takziah bagi mendiang Encik Lee, para hadirin juga telah bertafakur selama seminit dalam upacara yang turut dihadiri tetamu terhormat, Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad.