Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISD: Ancaman pengganasan terhadap S'pura kekal tinggi

Jul 13, 2022 | 04:07 PM




ANCAMAN pengganasan terhadap Singapura kekal tinggi sedang negara ini terus menjadi sasaran propaganda pengganas, meskipun buat masa ini tidak ada maklumat khusus mengenai serangan yang akan berlaku, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).



ISD dalam laporan penilaian ancaman pengganasan Singapura 2022 yang dikeluarkan hari ini berkata di luar negara, kumpulan pengganas seperti ISIS terus menimbulkan ancaman berterusan dengan keupayaan mereka untuk mempengaruhi individu menjadi radikal dan menggalak pengikut mereka melakukan serangan.



Dari segi domestik pula, ancaman individu menjadi radikal sendiri melalui pengaruh dalam talian terus menjadi keprihatinan utama.



Di samping itu, ISD berkata pelonggaran sekatan pandemik dan penyambungan semula perjalanan rentas sempadan boleh menyebabkan peningkatan dalam pergerakan dan kegiatan pengganasan, dengan pengganas asing mungkin pergi ke zon konflik baru sementara individu yang radikal boleh melaksanakan rancangan serangan yang difikirkan semasa pandemik.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >