Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Istana dibuka Sabtu ini sempena Hari Kebangsaan

Jul 26, 2016 | 01:00 PM



PEKARANGAN Istana akan dibuka kepada orang ramai dari 8.30 pagi hingga 6 petang Sabtu ini (30 Julai) sempena sambutan Hari Kebangsaan, umum Pejabat Presiden.



Rumah Terbuka Istana ini akan menggabungkan Acara Seni Istana tahunan, dengan Desa Seni & Warisan menjadi sorotan utamanya.



Desa itu akan menampilkan persembahan oleh pancaragam konsert dari Sekolah Rendah Bendemeer, Sekolah Menengah Queenstown dan Maktab Rendah Saint Andrew, serta Kompeni Muzik dan Drama Angkatan Bersenjata Singapura.



Terdapat juga gerai permainan yang dikendalikan oleh pelajar Sekolah Perempuan Raffles dan kegiatan lain, seperti pertandingan lukisan bagi kanak-kanak.



Orang ramai juga boleh mendaftar bagi Nature Guided Walk, iaitu bersiar-siar secara berpandu bagi melihat flora dan fauna Istana, atau menyertai lawatan berpandu di bangunan utama Istana, di mana pengunjung boleh melihat bilik-bilik majlis terpilih dan persembahan hadiah yang diberi kepada Presiden dan Perdana Menteri oleh orang kenamaan asing.



Satu lawatan sendiri dengan bantuan aplikasi mudah alih 'Istana Garden Walk' juga disediakan.



Warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura tidak dikenakan bayaran bagi lawatan ke pekarangan Istana, sementara pengunjung lain dikenakan bayaran masuk $2.



Bayaran tambahan dikenakan bagi lawatan berpandu.



Kali terakhir pekarangan Istana dibuka kepada orang ramai ialah awal bulan ini sempena Hari Raya Puasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >