Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Istana dibuka sempena Hari Raya Aidilfitri

Jul 01, 2016 | 12:17 PM



PEKARANGAN Istana, tidak termasuk Laman Istana, akan dibuka kepada orang ramai dari 8.30 pagi hingga 6 petang pada Rabu (6 Julai) sempena Hari Raya Aidilfitri.



Laman Istana ditutup bagi memudahkan kerja pengubahsuaian hingga akhir tahun ini.



Persembahan muzik oleh Pancaragam Tentera Institut St. Joseph, Pancaragam Simfoni Sekolah Menengah Dunman, Ensembel Leloceng Tangan Sekolah Perempuan Methodist Paya Lebar serta Kumpulan Ukulele NTUC akan diadakan semasa Hari Terbuka itu.



Pengunjung juga boleh melihat persembahan arca belon oleh Kelab Rekreasi Singtel dan burung oleh Wildlife Reserves Singapore.



Lawatan berpandu berbayar juga disediakan, mempaparkan flora dan fauna Istana. Terdapat juga lawatan berasingan ke bangunan utama Istana, bilik majlis terpilih dan hadiah yang diberi kepada Presiden dan Perdana Menteri oleh kenamaan asing.



Mereka yang berminat melakukan lawatan sendiri boleh memuat turun aplikasi mudah alih Istana Garden Walk. Ia termasuk laluan sendiri untuk mencari 10 jenis spesies tumbuhan di Taman Istana.



Bayaran masuk tidak dikenakan ke atas pengunjung warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura, sementara pengunjung lain perlu bayar $2, yang akan diderma kepada badan amal.



Masuk ke pekarangan Istana adalah melalui pintu utama di Orchard Road. Stesen MRT terdekat ialah Dhoby Ghaut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >