WALAUPUN orang ramai dijemput memberi penghormatan terakhir kepada mendiang mantan Presiden S R Nathan semalam di Bangunan Parlimen, pintu masuk Istana tetap mempunyai aliran pengunjung.
Orang ramai boleh menulis kata-kata takziah mereka bagi mendiang Encik Nathan pada kad yang disediakan dan memaparkannya di sana, ataupun memberi bunga sebagai ucapan takziah.