Isteri bingung anak bakal lahir tanpa ayah

LIMA hari telah pun berlalu sejak beliau kehilangan suami tersayang yang terkorban dalam kemalangan motosikal di Ekspreswe Bukit Timah (BKE), namun Cik Siti Mariam Ishak, masih kebingungan bagaimana nahas itu menimpa suaminya.

Beliau lebih sedih kerana suaminya, Encik Mohammad Afiq Abdul Rahim, 26 tahun, pergi selama-lamanya tanpa berpeluang melihat bayinya yang bakal lahir lepas Hari Raya ini.

Ketika ditemui di rumahnya di Woodlands Street 41 petang tadi, Cik Mariam, 29 tahun, seorang suri rumah, kelihatan tenang tetapi adakalanya sukar menahan air mata.

Beliau merayu sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan yang berlaku dapat menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Ikuti laporan lanjut di akhbar cetak Berita Harian esok.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.