Isu buku NLB dan laluan penerbangan SIA dibahas di Parlimen

PROSES mengawal kandungan buku Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan laluan pernerbangan Singapore Airlines (SIA) merupakan dua isu yang akan menguasai perbahasan di Parlimen Isnin ini.

Dua topik itu yang menjadi tajuk hangat sejak beberapa minggu lalu telah menerima 14 pertanyaan dari Anggota Parlimen (AP), menurut jadual perbahasan Parlimen yang dikeluarkan hari ini.

Mengenai NLB, para AP ingin tahu bagaimana NLB menentukan jenis buku yang dibeli dan bila ia harus dikeluarkan daripada senarai yang disediakan untuk pinjaman.

Ini menyusuli kontroversi melibatkan tiga buku yang mengisahkan tema-tema homoseksual.

Para AP juga telah mengemukakan soalan-soalan tentang laluan penerbangan SIA selepas keprihatian tercetus bila pesawat terbang di zon-zon konflik.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.