Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu kesihatan jadi tumpuan di sesi dialog pasca NDR

Sep 26, 2023 | 09:45 PM



Keprihatinan berhubung tahap kesihatan masyarakat Melayu menjadi tumpuan dalam sesi Dialog Pasca Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Selasa malam di Wisma Geylang Serai.

Dialog itu, yang merupakan sesi kedua anjuran Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA MESRA), bertujuan mendapatkan pandangan daripada penduduk tentang isu-isu nasional yang berkaitan dengan masyarakat Melayu/Islam.

Sesi pertama dialog itu diadakan pada 8 September di Kelab Masyarakat (CC) Siglap.

Dialog kedua turut dihadiri Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan dan juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; dan Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.

Ia berlangsung selama satu setengah jam dan disertai sekitar 120 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan M Kuasa Tiga (M3), wakil pertubuhan Melayu/Islam, serta pelajar institut pengajian tinggi (IHL).

Antara isu-isu yang dibangkitkan peserta adalah kesihatan masyarakat Melayu dan bagaimana kaum Melayu mempunyai bilangan pesakit kencing manis yang paling ramai.

Cik Mariam berkongsi terdapat program and acara kesihatan di bandar M3 bagi menangani isu kesihatan dan mengalakkan masyarakat Melayu/Islam untuk menjalani gaya hidup sihat.

Antara program tersebut adalah Kelab Kesihatan Woodlands yang menganjurkan kegiatan seperti Zumba, berjalan kaki, berbasikal dan trekking.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >