Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu majlis bandaran tumpuan rapat pertama WP

ERVINA MOHD JAMIL
Sep 03, 2015 | 10:14 AM



ISU berkenaan Majlis Bandaran Aljunied Hougang Punggol East (AHPETC) menjadi antara tumpuan calon-calon Parti Pekerja (WP) yang berucap di rapat pilihan raya pertama mereka sebentar tadi, Selasa (2 September).


Beberapa calon WP yang berucap dalam rapat tersebut termasuk pengerusi parti, Cik Sylvia Lim, yang juga pengerusi AHPETC; Setiausaha Agung WP, Encik Low Thia Khiang; Encik Pritam Singh dan Encik Png Eng Huat.


Mereka telah menyentuh tentang isu tersebut semasa menyampaikan ucapan masing-masing di rapat yang berlangsung di padang depan Blok 837 Hougang Central itu.


Dalam ucapannya, Cik Lim antara lain menyangkal beberapa 'mitos' yang dikaitkan dengan isu tersebut termasuk dakwaan bahawa WP menggunakan AHPETC untuk memberi kontrak kepada teman mereka.


Menurutnya, apabila WP membuka tender, mereka mengiklankannya di akhbar The Straits Times.


Namun, tambahnya, mereka pernah sekali tidak mengikut prosedur dan memberi kontrak setahun kepada FM Solutions & Services (FMSS) kerana syarikat milik Parti Tindakan Rakyat (PAP), Action Information Management Pte Ltd (AIM), enggan meneruskan khidmatnya.


Cik Lim juga menekankan bahawa AHPETC tidak terlebih bayar FMSS.


Memandang ke hadapan, beliau berkata WP bersedia mengendalikan lagi sebuah majlis bandaran.


"Kami telah belajar daripada pengalaman, dan dengan tujuh Anggota Parlimen (AP) berpengalaman menguruskan majlis bandaran secara langsung, banyak yang telah kami pelajari," ujarnya.


Menurut Encik Png pula, masa depan Singapura bukan tentang pengendalian majlis bandaran, tetapi memastikan isu politiknya diurus dengan betul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >