PEMANDU tren MRT yang bertembung dengan sebuah tren tidak bergerak di stesen Joo Koon pada 15 November lalu tidak mungkin sempat bertindak balas menggunakan brek kecemasan.
Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan memberitahu Parlimen semalam, ini kerana pusat kawalan operasi tidak menjangkakan gelembung pelindung kedua tren - yang memastikan jarak selamat antara tren - boleh dimatikan.