Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu rusuhan: Dua menteri akan beri kenyataan di Parlimen

Jan 17, 2014 | 07:10 PM



DUA menteri akan menyampaikan kenyataan mereka berhubung isu rusuhan di Little India di Parlimen pada Isnin ini.


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Teo Chee Hean, akan menyentuh tentang ratusan pekerja warga asing yang terlibat dalam rusuhan, sementara Menteri Tenaga Manusia, Encik Tan Chuan-Jin menyentuh tentang pengurusan pekerja asing.


Mereka dijangka menjawab 36 soalan yang diajukan oleh 17 Anggota Parlimen berhubung isu rusuhan itu.


Soalan-soalan yang diajukan meliputi proses penghantaran pulang pekerja asing dan sekatan terhadap jualan dan minuman arak serta, pengurusan keselamatan di asrama pekerja, selain memastikan mereka punya tempat tinggal dan ruang untuk riadah yang sesuai.


Encik Christopher de Souza (GRC Holland-Bukit Timah), anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) untuk Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang, akan bertanya tentang hasil siasatan yang dijalankan bagi mengenalpasti punca rusuhan dan tentang bukti-bukti yang disandarkan sebelum nasihat polis dikeluarkan dan perintah penghantaran pulang kepada para pekerja.


Anggota Parlimen Dilantik, Encik Laurence Lien, ingin tahu sama ada Kementerian Ehwal Dalam Negeri akan mengadakan proses yang lebih telus dan objektif dalam memastikan sama ada seseorang warga asing itu tidak diingini dan membatalkan permit masuk mereka.


Pengerusi Parti Pekerja, Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) mempersoalkan cara polis bertindak di Little India, sama ada Encik Alex Yam (GRC Chua Chu Kang) ingin tahu mengenai langkah-langkah keselamatan untuk para anggota penyelamat Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >