Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu sewa banglo Ridout Road: Tiada salah laku; Shanmugam, Vivian terus miliki keyakinan penuh PM Lee

Jul 03, 2023 | 08:00 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata kededua Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, tidak melakukan sebarang kesalahan dan mereka “kekal mempunyai keyakinan penuhnya”.

Ini hasil daripada siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) serta Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, yang mendapati tiada kesalahan jenayah atau salah laku oleh kededua menteri itu.

Berucap di Parlimen pada Isnin berkaitan penyewaan dua banglo di Ridout Road melibatkan dua menteri tersebut, Encik Lee berkata para menteri di Singapura dibayar gaji yang realistik, kompetitif, tapi bersih dan tidak mendapat sebarang manfaat.

“Mereka tidak mempunyai sebarang rumah rasmi untuk tinggal.

“Mereka dapat gaji untuk tentukan apa yang ingin mereka lakukan, untuk jimatkannya, memberikannya, membelanjakannya, menyimpannya, peruntukan untuk rumah, melancong, atau apa juga.

“Justeru apabila para menteri ambil keputusan mana untuk tinggal, sekiranya mereka ingin menyewa atau membeli, itu pilihan peribadi mereka.

“Dan saya tidak lihat sebarang kesalahan jika para menteri menyewa hartanah daripada Penguasa Tanah Singapura (SLA) atau secara privet selagi ia dilakukan dengan betul mengikut peraturan,” tambahnya.

Apabila beliau mendapat tahu bahawa Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan telah menyewa banglo hitam putih di Ridout Road, Encik Lee berkata dalam penilaiannya, tanpa memberi perincian yang mendalam, adalah beliau percaya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya mempunyai keyakinan bahawa menteri-menteri saya dan para pegawai SLA yang berurusan dengan mereka akan lakukan perkara yang betul dan menguruskan sewa itu dengan sempurna,” katanya.

Namun isu tersebut terus menarik perhatian ramai dan kededua menteri telah memintanya menjalankan satu siasatan di luar kementerian mereka.

Justeru, Encik Lee berkata, adalah lebih baik untuk meminta CPIB menjalankan satu siasatan formal dan menentukan sekiranya ada kesalahan rasuah atau salah laku.

“CPIB bertindak secara berdikari.

“Ia telah membangunkan satu reputasi sebagai sebuah badan antirasuah... Setiap orang di Singapura tahu apa maknanya apabila CPIB menjemput anda untuk ‘minum kopi’,” katanya.

Encik Lee menambah yang beliau inginkan pandangan luas, termasuk proses SLA sekiranya terdapat layanan istimewa yang diberi kepada kededua menteri itu, dan sekiranya terdapat maklumat khas yang didedahkan kepada mereka.

Lantas beliau meminta Encik Teo menjalankan semakan itu sebagai menambah nilai kepada siasatan CPIB.

Selain itu, Encik Lee berkata perbincangan Parlimen pada Isnin bukan sekadar menyelesaikan isu sewa di Ridout Road.

Beliau berkata:

“Adalah penting untuk mempamerkan bagaimana PAP ingin menegakkan piawaian yang ditetapkannya sejak awal 1959.

“Pemerintah ini belum dan tidak akan berkompromi atau mengelak daripada piawaian kejujuran, integriti dan tiada amalan rasuah yang ketat yang boleh dijangkakan warga Singapura,” tambahnya.

Beliau menambah ini adalah asas kepada bukan hanya kepercayaan orang ramai terhadap pemerintah PAP, tapi juga integriti dan fungsi baik sistem politik Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >