KEHARMONIAN kaum dan agama adalah asas kejayaan Singapura yang telah membolehkan negara ini mencapai pertumbuhan bermutu dari segi prospek ekonomi, prasarana dan mutu kehidupan yang baik.
Namun, kehidupan rukun damai yang sedang dinikmati kini tidak boleh diambil ringan kerana Singapura menghadapi banyak isu dalam dan luar yang berpotensi mengancam keamanan negara.