Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ITE sedia latihan dron di bawah SkillsFuture

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



MEREKA yang berminat mengambil kursus dalam bidang dron boleh mengambil kursus di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang telah diiktiraf Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).



ITE merupakan institusi pendidikan awam pertama dan satu-satunya yang disahkan sebagai Badan Latihan Pesawat Tanpa Manusia (Uato) yang membolehkannya mengajar kursus dron dan memberi sijil di Singapura.



Sebagai Uato, ITE akan menyediakan kursus dron untuk pelajar dewasa.



Ini merangkumi kursus Sijil Keupayaan (CoC) di bawah siri program latihan jangka pendek SkillsFuture oleh institut pengajian tinggi.



Ia juga dapat menyokong warga Singapura dalam memperolehi kemahiran untuk meningkatkan kebolehan pekerjaan atau kemajuan kerjaya dalam industri dron yang pesat berkembang.



Pengurus Kursus Avionik Aeroangkasa, Sekolah Jurutera ITE Kolej Central, Encik Foo Wing Yong, berkata:



"Oleh kerana dron lebih banyak digunakan dalam pelbagai industri ketika ini, kemahiran sebagai juruterbang dron semakin diminati. Bagaimanapun kursus dron oleh badan latihan swasta lebih mahal.



"Misalnya, pelajar mungkin memerlukan lebih $4,000 untuk kursus tertentu tanpa sokongan oleh subsidi SkillsFuture.



"Oleh itu, ITE menyedari bahawa kami perlu memberikan akses kepada orang ramai mengikuti latihan lesen penerbangan dron yang berpatutan dan profesional untuk membantu meningkatkan kemahiran mereka bekerja di sektor berkaitan."



Kemudahan latihan ITE merangkumi ciri-ciri yang dipercayai unik kepada Uato termasuk skrin unjuran melengkung iaitu sudut 180 darjah untuk simulator dron dalaman, yang berfungsi memberi pengalaman latihan yang lebih realistik dan mendalam.



Antara lain ialah kawasan terbang dron di luar yang diluluskan sepenuhnya oleh CAAS, yang membolehkan latihan penerbangan dron di luar di bawah persekitaran yang selamat.



ITE dipercayai satu-satunya Uato dengan kemudahan ini.



Seorang pelajar yang pernah mengambil kursus dron ialah Encik Khairuddin Saleh, 20 tahun, pelajar Higher Nitec bidang Pengurusan Kemudahan.



Sementara menunggu mengikuti kursus Pengurusan Kemudahan, beliau memutuskan untuk mengambil Sijil Keupayaan (CET) dron.



"Penerbangan dron ialah kemahiran yang sangat berharga untuk banyak pekerjaan hari ini. Dengan ITE sekarang menawarkan kursus dron yang diatur oleh CAAS dengan harga bersubsidi, lebih ramai orang dapat belajar menerbangkan dron secara profesional dan tidak terlalu risau tentang kos dan kemampuan," katanya.




“Oleh kerana dron lebih banyak digunakan dalam pelbagai industri ketika ini, kemahiran sebagai juruterbang dron semakin diminati. Bagaimanapun kursus dron oleh badan latihan swasta lebih mahal. Misalnya, pelajar mungkin memerlukan lebih $4,000 untuk kursus tertentu tanpa sokongan oleh subsidi SkillsFuture.”
– Pengurus Kursus Avionik Aeroangkasa, Sekolah Jurutera ITE Kolej Central, Encik Foo Wing Yong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >