Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jabatan Pilihan Raya keluarkan nasihat tentang Hari Bertenang

Sep 09, 2015 | 06:10 PM



JABATAN Pilihan Raya (ELD) telah mengingatkan bahawa esok Khamis (10 September) merupakan Hari Bertenang.


Semasa Hari Bertenang, berkempen tidak dibenarkan dan pengiklanan pilihan raya tidak boleh diterbitkan atau dipamerkan.


Dilaksanakan pertama kalinya dalam pilihan raya 2011, ia membolehkan para pengundi memikirkan secara rasional pelbagai isu yang ditimbulkan semasa berkempen sebelum mereka keluar mengundi pada Jumaat, 11 September.


Semasa Hari Bertenang calon-calon tidak dibenarkan untuk memancing undi atau melawat rumah-rumah dan tempat bekerja pengundi.


Memakai, menggunakan, membawa atau mempamerkan sebarang propaganda politik oleh sesiapa atau kenderaan juga tidak dibenarkan.


"Calon-calon harus sedar cara mereka berkelakuan di khalayak ramai dan mengambil langkah berhati-hati agar mengelak diri daripada melakukan sesuatu yang mungkin dilihat sebagai berkempen," kata ELD dalam satu kenyataan.


Semasa Hari Mengundi, stesen-stesen mengundi dibuka dari 8 pagi hingga 8 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >