Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Jadi 'mata' dan 'telinga' kesan mangsa dera

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



PARA pelajar yang tidak hadir di sekolah dengan sendirinya bukan menjadi alasan yang mencukupi bagi Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak (CPS) menggunakan kuasanya di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (CYPA).



Ini kerana ketidakhadiran itu boleh disebabkan banyak perkara lain, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua di Parlimen pada Isnin.



Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) yang antaranya menyentuh tentang prosedur menyiasat kes penderaan kanak-kanak yang disyaki.



Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) mengutarakan keprihatinannya menyusuli kes seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang didera bapa tirinya sehingga dia meninggal dunia pada November 2020.



Kanak-kanak itu tidak menghadiri sekolah selama sekitar dua bulan.



"Sifat penderaan kanak-kanak adalah ia selalunya tidak mudah untuk dikesan. Profesional dalam CPS dan agensi perkhidmatan sosial bekerja amat keras untuk campur tangan bagi mencegah bahaya lanjut, dan nasib setiap satu nyawa penting bagi mereka.



"Walau dengan usaha mereka dan yang lain di pelbagai titik pertemuan bersama kanak-kanak, ia tidak mungkin untuk menetapkan harapan bahawa mereka akan dapat mengesan setiap satu kes," ujarnya.



Beliau menggesa anggota awam agar menyokong kempen 'Break the Silence' dan menghadiri Latihan Kesedaran Keganasan Domestik supaya tahu akan tanda-tanda pengabaian atau penderaan kanak-kanak.



Ini di samping usaha untuk mendidik kanak-kanak sekolah tentang topik penderaan dalam cara yang sesuai berdasarkan umur.



Menurut Encik Chua, dalam menentukan sama ada CPS boleh menggunakan kuasanya di bahawa CYPA, CPS akan mengumpulkan maklumat daripada kanak-kanak itu, keluarga dan profesional menerusi panggilan telefon atau video.



Sekiranya CPS menilai bahawa terdapat keprihatinan keselamatan serius atau mendesak bagi kanak-kanak itu atau apabila ibu bapa atau penjaga tidak memberi kerjasama, CPS akan menjalankan penilaian secara fizikal bagi kanak-kanak itu dan keluarganya.



CPS juga boleh mengarahkan kanak-kanak itu untuk menjalani penilaian, pemeriksaan atau rawatan, atau mengambil kanak-kanak itu dan meletakkannya di tempat perlindungan dan penjagaan sementara atau di bawah penjagaan individu yang layak.



"CPS perlu mengimbangi pelbagai kepentingan bercanggah apabila menentukan apa yang terbaik bagi seorang kanak-kanak.



"CPS berhati-hati dalam menggunakan kuasanya dan hanya akan mengambil seorang kanak-kanak sekiranya ia tidak mungkin untuk memastikan kanak-kanak itu selamat dalam keluarga tersebut," katanya.



PARLIMEN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >