Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jakarta beri Singapura senarai banduan pelarian

Apr 27, 2016 | 08:34 AM



JAKARTA: Indonesia telah memberi Singapura senarai banduan pelarian, sebagai sebahagian daripada usaha 'jalan belakang' menjejak mereka yang melarikan diri dari negara itu selepas didapati bersalah melakukan jenayah.



Encik Atmadji Sumarkidjo, seorang pegawai kanan Kementerian Penyelaras Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, berkata Menteri Luar Retno Marsudi menghantar senarai itu kepada pihak berkuasa Singapura baru-baru ini, sedang dua negara itu meningkatkan kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang.



Kerjasama itu sedang dijalankan sebagai ganti kepada perjanjian ekstradisi.



Indonesia dan Singapura menandatangani perjanjian ekstradisi serta perjanjian kerjasama pertahanan sebagai satu pakej pada April 2007, tetapi perjanjian itu belum disahkan oleh penggubal undang-undang Indonesia.



"Kami belum mengesahkan perjanjian ekstradisi dengan Singapura, jadi kami melakukan ini atas dasar hubungan baik antara dua negara," kata Encik Atmadji kepada akhbar The Straits Times pada Selasa (26 Apr).



"Kami telah menghantar ke Singapura data semua orang yang kami anggap sebagai banduan pelarian, yang telah disabitkan bersalah, dan melarikan diri dari negara ini. Jadi ini bukan ekstradisi, ia adalah hubungan sahaja baik."



Encik Atmadji juga berkata pemimpin dari kedua-dua belah pihak "boleh mengangkat telefon dan bercakap" mengenai isu-isu tersebut.



"Menkopolhukam dan Menlu boleh terus menelefon Timbalan Perdana Menteri Singapura (Encik Teo Chee Hean), jadi ia cepat dan memintas birokrasi," kata beliau, merujuk kepada Menteri Penyelaras Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan, dan Cik Retno.



Perkembangan terbaru ini datang hanya beberapa hari selepas Naib Presiden Jusuf Kalla tersilap menggambarkan Singapura tidak bersedia menandatangani perjanjian ekstradisi dengan negaranya. Kementerian Ehwal Luar Singapura menafikan kenyataan Encik Kalla sehari selepas itu pada Sabtu.



Dua hari sebelum itu, Singapura membatalkan status Penduduk Tetap (PR) seorang hartawan yang juga banduan pelarian Indonesia, Hartawan Aluwi, dan mengeluarkannya dari Singapura. Dia kini dalam tahanan Indonesia.



Hartawan melarikan diri ke Singapura pada 2008 selepas disyaki menyalah guna dana pemerintah hingga 6.7 trilion rupiah ($686 juta) untuk menyelamatkan Bank Century yang kini tidak berfungsi lagi semasa krisis kewangan global 2008.



Mengenai kes-kes tersebut, Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura berkata sebelum ini bahawa negara ini akan "bekerjasama dan memberi bantuan kepada Indonesia dalam lingkungan undang-undang kami dan kewajipan antarabangsa kami".



Senarai yang diberi kepada Singapura difahamkan merangkumi warga Indonesia yang telah disabitkan melakukan jenayah kolar putih dan meninggalkan negara itu sebelum menjalanai hukuman. Ia termasuk mereka yang disyaki sedang bersembunyi di Singapura dan tempat lain.



Encik Luhut berkata pada Isnin bahawa Presiden Joko Widodo telah mengarahkan pemerintahnya memburu banduan pelarian negara itu. Ini termasuk "membangunkan kerjasama dengan Pemerintah Singapura", katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >