Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jakarta tolak lagi bantuan Singapura untuk tangani jerebu

Sep 18, 2015 | 09:49 AM



MENTERI Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Cik Siti Nurbaya Bakar, sekali lagi menolak bantuan Singapura untuk tangani jerebu.


Beliau dilaporkan memberitahu CNN Indonesia pada Khamis (17 Sep) bahawa Indonesia masih cuba mengendalikan sendiri krisis itu.


Ini kelihatan sebagai bertentangan daripada pelawaan lebih awal oleh Naib Presiden Jusuf Kalla bagi Singapura membantu.


"Singapura sudah bersedia membantu. Itu saya kira silakan, kerana Singapura juga mengetahui bahawa bencana alam itu boleh berlaku di mana-mana.


"Singapura silakan membantu kerana kesannya juga ke Singapura," kata Encik Kalla di Jakarta pada Selasa.


Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen, berkata Jumaat lalu Indonesia telah menerima tawaran daripada Singapura untuk membantu memerangi kebakaran tetapi bantuan itu ditolak sehari kemudian oleh Cik Siti, yang berkata Indonesia mempunyai cukup sumber.


Tawaran Singapura diperbaharui pada Isnin, dan kali ini Cik Siti memberitahu Menteri Alam Sekitar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, bahawa beliau akan menimbangnya semula.


Perubahan fikiran ini datang selepas Indonesia membentangkan satu rancangan meluas untuk menangani krisis jerebu, termasuk mengerahkan lebih ramai anggota tentera dan polis membantu memadamkan api kebakaran hutan dan meningkatkan operasi pembenihan awan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >