Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalan ditutup sekitar Marina Centre, Padang sempena F1 S’pura

Penutupan jalan adalah dari 13 Sep hingga 19 Sep 2023
Sep 09, 2023 | 04:41 PM



Beberapa jalan di sekitar Marina Centre dan kawasan Padang akan ditutup dari 13 September hingga 19 September untuk Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura 2023.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menasihatkan orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam dan merancang perjalanan mereka lebih awal.

Bagi memudahkan lalu lintas pada waktu sibuk sekitar pagi dan petang, jalan berikut akan dibuka kepada pemandu pada waktu pilihan berikut.

13 dan 14 September
(5.30 pagi hingga 10 pagi)

Ke arah Orchard Road (Collyer Quay menuju ke St Andrew’s Road dan kemudian Stamford Road).

Ke arah Shenton Way (Nicoll Highway menuju ke Esplanade Drive/Stamford Road).

Ke arah Marina Boulevard (Republic Boulevard menuju ke Raffles Avenue dan kemudian Bayfront Avenue).

15 September
(5.30 pagi hingga 10 pagi)

Ke arah Orchard Road (Collyer Quay menuju ke St Andrew’s Road dan kemudian Stamford Road).

Ke arah Shenton Way (Nicoll Highway menuju ke Esplanade Drive/Stamford Road).

18 September
(5.30 pagi hingga 10 pagi)

Ke arah Shenton Way (Nicoll Highway menuju ke Esplanade Drive).

Ke arah Shenton Way (Bras Basah Road menuju ke Nicoll Highway dan kemudian Esplanade Drive).

Ke arah Lapangan Terbang ECP Changi (Bras Basah Road menuju ke Raffles Boulevard dan kemudian Republic Boulevard).

Ke arah Marina Boulevard (Raffles Boulevard menuju ke Temasek Avenue dan kemudian Bayfront Avenue).

18 September
(5 petang hingga
8.30 malam)

Ke arah Shenton Way (Nicoll Highway menuju ke Esplanade Drive/Stamford Road).

Ke arah Shenton Way (Bras Basah Road menuju ke Nicoll Highway dan kemudian Esplanade Drive).

Ke arah Orchard Road (Esplanade Drive menuju ke Nicoll Highway/Stamford Drive).

Ke arah Lapangan Terbang ECP Changi (Bras Basah Road menuju ke Raffles Boulevard ke Republic Boulevard).

Ke arah Lapangan Terbang ECP Changi (Bayfront Avenue menuju ke Temasek Avenue dan kemudian Raffles Boulevard).

Ke arah Marina Boulevard (Raffles Boulevard menuju ke Temasek Avenue dan kemudian Bayfront Avenue).

Kelewatan trafik dijangka berlaku di sepanjang Bayfront Avenue, Beach Road, Bras Basah Road, Cecil Road, Collyer Quay, Marina Boulevard, Middle Road, Nicoll Highway, North Bridge Road, Ophir Road, Robinson Road, Rochor Road, Sheares Avenue, Sheares Link, dan Temasek Boulevard.

Tempat letak kereta di Suntec City, Millenia Walk dan Marina Square akan terus dibuka kepada orang ramai.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web One Motoring. Butiran mengenai akses ke ruang litar F1 serta jadual perlumbaan juga boleh didapati di dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >