Jalan raya ditutup untuk latihan

JALAN-jalan raya sekitar bangunan Parlimen telah ditutup kepada lalu lintas awal pagi tadi bagi memberi laluan kepada satu latihan perarakan persemadian negara mendiang Lee Kuan Yew.

Jalan-jalan raya yang terjejas termasuk North Bridge Road, South Bridge Road, High Street dan Parliament Place.

Jalan-jalan raya itu ditutup selepas tengah malam sehingga 5 pagi.

Larangan meletakkan kereta juga dikuat uasa sementara laluan masuk ke jalan-jalan raya yang terjejas hanya dihadkan kepada kereta polis dan kenderaan kecemasan.

Upacara pengebumian negara untuk mendiang Encik Lee akan berlangsung di Pusat Budaya Universiti (UCC) di Universiti Nasional Singapura (NUS) dekat Clementi Road, pada tengah hari lusa (Ahad) .

Ia melibatkan perarakan dari bangunan Parlimen ke universiti.

Meliputi perjalanan sejauh 15 kilometer, ia akan melalui beberapa mercu tanda selain kawasan perumahan.

Orang ramai boleh berkumpul untuk menyaksikannya dari kawasan dekat bangunan Parlimen sehingga ke UCC.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 55
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.