JAMIYAH Singapura telah menjamu Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam dalam satu majlis Hi-Tea semalam sebagai menghargai kerjasama, sokongan dan nasihat mereka.
Semasa berucap dalam majlis itu, Presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, berkata setiap AP Melayu/Islam mewakili harapan serta aspirasi masyarakat terhadap kecemerlangan dan semua pertubuhan Melayu/Islam akan terus bekerjasama dengan mereka.