Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamuan persandingan indah Sezairi dan Syaza Qistina

Aug 22, 2016 | 09:28 AM



IDOLA SINGAPURA 3, Sezairi Sezali, mengadakan jamuan malam persandingan pada Ahad malam (21 Ogos) untuk merai perkawinan beliau dengan Cik Syaza Qistina Tan, seorang eksekutif acara di sebuah hotel.



Majlis tepi pantai di Kelab Kapal Layar SAF di Changi itu berseri apabila penyanyi berusia 28 tahun itu dan pengantin perempuan berusia 25 tahun masuk ke dewan persandingan dalam pakaian merah terang, diiringi lima pengapit, termasuk DJ Tabitha Nauser, yang juga alumni Singapore Idol.



Dengan hiasan berwarna merah jambu dan putih serta percikan biru, majlis bertambah indah ketika matahari terbenam.



Kek perkahwinan setinggi enam tingkat, berwarna biru dan putih, dihiasi dengan kristal dan dikelilingi bunga ungu dan putih.



Sezairi yang terakhir mendirikan rumah tangga daripada tiga pemenang Idola Singapura.



Taufik Batisah, Idola Singapura pertama, berkahwin pada April tahun lalu, sementara pemenang kedua, Hady Mirza, dua tahun lalu di Johor Bahru dua.



Majlis itu dihadiri kira-kira 200 tetamu. Sezairi dan Syaza Qistina bernikah Januari lalu.



"Kami mengadakan majlis akad nikah yang sangat intim tetapi kami begitu gembira ramai rakan dan keluarga berada di sini malam ini. Majlis ini ialah peluang untuk kami mengadakan sambutan besar bagi orang-orang yang paling penting bagi kami," kata Sezairi.



Antara yang kelihatan dalam majlis itu ialah muka biasa daripada industri muzik, termasuk pemuzik band The Sam Willows dan 53A, komposer Jeremy Monteiro, pelakon Oon Shu An dan Pam Oei, serta dan rapper Shigga Shay dan Kevin Lester.



Pelawak Fakkah Fuzz pengacara majlis dan penyanyi-penulis Charlie Lim mendendangkan sebuah bagi pasangan itu.



Bibir Syaza Qistina mengukir senyuman besar apabila suaminya menyertai Lim di atas pentas untuk membuat persembahan duet mengejut bersama Lim.



Sezairi kemudian menyanyikan sebuah balada yang beliau tulis dalam bahasa Melayu untuk isterinya, membuat hadirin terpesona.



Hubungan cintanya dengan Syaza Qistina dan perkahwinan mereka menjadi inspirasi bagi album baru Sezairi, yang akan mengadakan konsert bertiket pada 2 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >