Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Janda 'raja' kelong bola sepak dibicara dek beri maklumat palsu kepada CPIB

May 16, 2016 | 03:31 PM



BEKAS isteri suspek penetap keputusan perlawanan bola sepak Dan Tan Seet Eng, Guan Enmei, menelefon rakannya, Eric Ding, untuk meminta nasihat tentang dua komputer riba dalam miliknya selepas Tan diarah melapor diri di Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).



Apabila Guan diminta melapor diri kepada CPIB, dia memberi komputer riba itu kepada seorang pemandu limosin untuk disimpan dan, apabila penyiasat menemui komputer tersebut, dia berkeras menyatakan dia tidak tahu apa-apa tentangnya.



Ketika memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan dua hari Guan pada Isnin (16 Mei) kerana memberi maklumat palsu kepada seorang penyiasat khas kanan CPIB, Ding, yang dibawa ke mahkamah dari penjara, berkata Guan menelefonnya pada 2013, selepas suaminya disiasat kerana rasuah.



Ditanya pihak pendakwa mengapa Guan, 41 tahun, menelefonnya, Ding berkata mungkin kerana dia berkongsi rangkaian telefon dan komputer riba sulit dengan dengan Tan untuk berkomunikasi antara satu sama lain.



Guan menghadapi tuduhan sengaja memberi maklumat palsu kepada penyiasat khas kanan pejabat CPIB di Lengkok Bahru pada 6 Jun 2013.



Dia didakwa berkata dia meninggalkan rumahnya dengan beg tangan dan menafikan membawa dua beg kertas mengandungi dua komputer riba sedangkan dia tahu itu adalah palsu.



Ding sedang menjalani hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan yang termasuk memberi rasuah kepada tiga pegawai bola sepak Lebanon dalam bentuk pelacur kerana menetapkan keputusan perlawanan akan datang.



Tan, yang digambarkan oleh Interpol sebagai "ketua sindiket penetapan keputusan perlawanan paling terkenal di dunia", sedang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Undang-Undang Jenayah (Peruntukan Sementara).



Pihak pendakwa berhujah Guan memberitahu pemandu limosin Alan Chen De Zhan supaya menjemputnya dari rumah.



Encik Chen tidak dapat berbuat demikian lalu meminta seorang pemandu lain, Encik Akbar Abdul Ali, melakukannya.



Guan kemudian menyerahkan komputer riba itu kepada Encik Chen di tempat letak kereta CPIB.



Encik Chen kemudian menunggu Guan di sebuah kedai kopi berdekatan, tetapi penyiasat merampas beg kertas serta komputer riba tersebut daripada beliau di situ.



Perbicaraan diteruskan pada tengah hari Isnin.



Jika didapati bersalah sengaja memberi maklumat palsu kepada seorang penyiasat rasuah, di bawah Akta Pencegahan Rasuah, Guan menghadapi hukuman maksimum denda $10,000 dan penjara setahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >