Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Janda raja kelong bola sepak mengaku bohong kepada CPIB

May 18, 2016 | 12:47 PM



ISTERI raja kelong bola sepak Dan Tan Seet Eng nampaknya tahu dua komputer riba suaminya mengandungi bukti terhadapnya, jadi dia mengeluarkan komputer riba itu dari rumah mereka agar penyiasat rasuah tidak menemuinya, mahkamah diberitahu pada Selasa (17 Mei).



Guan Enmei juga pura-pura tidak tahu mengenai komputer riba itu dalam satu interviu dengan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) selepas Tan ditahan untuk disoal siasat, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Jasmin Kaur pada penutupan perbicaraan Guan, yang bercerai dengan Tan tahun lepas.



Guan, 41 tahun, dituduh berbohong kepada seorang penyiasat CPIB mengenai komputer Tan pada 6 Jun 2013.



Semasa pemeriksaan balas pada hari kedua perbicaraan pada Selasa, Guan, warga Singapura kelahiran China, mengaku berbohong kepada CPIB tetapi bukan mengenai komputer riba itu.



Pembohongan itu ialah mengenai dia menaiki teksi, bukan limosin, katanya.



Pada 9 Mei tahun lalu, dua hari selepas didakwa di mahkamah, Guan menghantar surat kepada CPIB, meminta agar dia dimaafkan kerana berbohong.



Ketika diminta menjelaskan apa yang dia maksudkan dengan "pembohongan" itu, Guan berkata dia dibawa oleh pemandu limosin ke pejabat CPIB di Lengkok Bahru, tetapi dia memberitahu penyiasat dia menaiki teksi dari Rivervale Crescent.



Ini membuat Hakim Daerah Lee Poh Choo bertanya Guan: "Boleh awak jelaskan mengapa ini begitu penting hingga awak perlu tulis (kepada penyiasat CPIB itu)."



Guan menjawab melalui seorang penterjemah Mandarin: "Itu satu-satunya kesilapan yang saya buat."



Guan bersetuju dengan cadangan DPP Kaur bahawa dia menulis surat itu dalam keadaan terdesak dan mengharapkan belas kasihan.



Namun, dia menafikan mengetahui komputer riba Tan mempunyai bukti yang Tan tidak mahu CPIB dapat.



Guan juga pada mulanya menafikan mengetahui Tan disiasat kerana menetapkan keputusan perlawanan bola sepak semasa dia dipanggil ke pejabat CPIB pada 6 Jun 2013.



Bagaimanapun, Guan akhirnya mengakui mengetahui mengenai perkara itu selepas DPP Kaur menunjukkan kepadanya satu interviu dengan akhbar The New Paper pada Mac 2013, di mana dia berkata laporan dan dakwaan Tan terlibat dalam rasuah bola sepak "100 peratus palsu dan tidak benar".



Hakim dijangka menyampaikan keputusan pada 13 Jun.



Jika didapati bersalah sengaja memberi maklumat palsu kepada seorang penyiasat rasuah, Guan, yang bebas dengan ikat jamin $10,000, menghadapi hukuman maksimum denda $10,000 dan penjara satu tahun.



Tan, yang digambarkan Interpol sebagai "ketua sindiket penetapan keputusan perlawanan paling terkenal di dunia", sedang ditahan di bawah Akta Undang-Undang Jenayah (Peruntukan Sementara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >