Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Janganlah hukum saya lagi,' rayu kapten bot Singapura

Oct 12, 2016 | 11:20 AM



JAKARTA: Kapten bot Singapura yang dibebaskan daripada tuduhan menceroboh perairan Indonesia tetapi terus ditahan pihak berkuasa tempatan telah mengemukakan rayuan penuh perasaan agar beliau dibebaskan.



"Saya berasa saya telah menghabiskan masa yang cukup dalam lokap dan telah menjalani hukuman saya, janganlah hukum saya lagi," kata Encik Shoo Chiau Huat semasa di mahkamah Tanjung Pinang pada Selasa (11 Okt).



Encik Shoo membawa 13 penumpang dari Singapura dan Malaysia di atas bot MV Selin apabila bot itu ditahan tentera laut Indonesia di perairan Tanjung Berakit dekat Bintan kerana menceroboh pada 16 April.



Semua penumpang dihantar pulang kira-kira seminggu selepas penangkapan mereka tetapi Encik Shoo didakwa menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia.



Mahkamah, bagaimanapun, berkata bukti tidak mencukupi dan membebaskan beliau pada Julai lalu.



Namun, Encik Shoo terus ditahan pihak berkuasa imigresen tempatan selepas beliau didakwa pula dengan kesalahan imigresen.



Peguam beliau, Encik Suharjo, merayu kepada mahkamah pada Selasa supaya membuang kes terhadap anak guamnya atas alasan "luar aturan".



Peguambela itu berkata kesalahan imigresen yang dihadapi Encik Shoo ialah berdasarkan penangkapan oleh tentera laut, yang anak guamnya telah dibebaskan oleh mahkamah.



"Ini bukan satu perbicaraan adil dari awal, dan kita masih tidak tahu motif di sebalik langkah tentera laut memaksa perbicaraan ini," kata Encik Suharjo.



Kes itu ditangguhkan ke 18 Okt selepas pihak pendakwaan meminta lebih banyak masa untuk menyediakan respons kepada Encik Suharjo.



Encik Shoo, yang jelas kelihatan kecewa selepas ditahan sejak April, berkata beliau bercadang berhenti kerja apabila dilepaskan.



"Kes ini sangat dahsyat, yang saya lakukan hanyalah membawa orang ke laut untuk menangkap ikan, tetapi lihatlah apa yang saya lalui," katanya.



"Saya juga bimbang kalau bapa saya yang sudah tua tahu tentang perkara ini. Ia akan membuat beliau tertekan kerana saya telah habiskan banyak masa dalam penjara."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >