Jangka lewat di pusat pemeriksaan Tuas, Woodlands pada Hari Raya: ICA

SEMPENA cuti Hari Raya Puasa pada Rabu (6 Julai) ini, pengguna jalan raya dan orang ramai dinasihatkan merancang lebih awal dan menyesuaikan rancangan perjalanan mereka memandangkan lalu lintas di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dijangka sesak.

Dalam nasihat yang dikeluarkan pada Jumaat (1 Julai), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata lalu lintas dijangka sangat sesak pada Selasa dan Rabu dan orang ramai boleh menjangka kelewatan.

Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, ICA menasihatkan orang ramai berkongsi kereta, dan menggalak mereka yang layak - warga Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang - menggunakan lorong Sistem Pelepasan Imigresen Automatik yang dipertingkatk di dewan bas.

Orang ramai juga diingatkan supaya memastikan pasport mereka mempunyai baki tempoh sah enam bulan atau lebih.

Pengguna jalan raya dinasihatkan memeriksa keadaan lalu lintas di kedua-dua pusat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan.

Mereka boleh melayari laman web OneMotoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) (http://www.onemotoring.com.sg) atau portal MyTransport.SG (https://www.mytransport.sg) untuk maklumat terkini tentang keadaan lalu lintas.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.