Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Janin Muslim tidak dituntut: Hampir 300 dikebumi dalam 7 bulan pertama tahun ini

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



SETIAP bulan, Ustaz Muhammad Saiful Abdul Karim akan mengunjungi hospital-hospital di sini untuk mengambil janin-janin Muslim yang tidak dituntut waris mereka.



Setelah itu, janin-janin tersebut akan dibawa ke Masjid Pusara Aman untuk diuruskan bagi pengebumian.



Tugas pengurus Ihsan Casket itu - anak syarikat Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) yang ditubuhkan pada 2020 untuk menyediakan khidmat pengebumian Islam - sememangnya tidak mudah.



Namun, Ustaz Muhammad Saiful berasa ia satu kewajipan yang harus dilaksanakan.



MTFA berkongsi dengan Berita Harian (BH) bahawa jumlah janin yang diuruskan mereka telah bertambah sepanjang lima tahun yang lalu.



Daripada 165 janin yang diuruskan pada 2017, jumlah itu telah meningkat kepada 442 pada 2020 sebelum turun sedikit kepada 414 pada tahun lalu.



Untuk tahun ini sahaja, sebanyak 296 janin telah diuruskan badan itu sehingga hujung bulan lalu.



"Telah menjadi salah satu perlembagaan MTFA untuk menyediakan khidmat pengebumian bagi orang Muslim kurang berkemampuan yang meninggal dunia di Singapura, di hospital atau penjara Singapura.



"Dan ini termasuk menyediakan pengurusan janin dan bahagian badan hasil daripada pembedahan yang tidak dituntut," kata Ustaz Muhammad Saiful.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >