SISTEM jaringan keselamatan sosial Singapura yang bertindih dan bersulam antara satu sama lain akan memastikan warga yang terjatuh dapat dibantu sebelum mereka jatuh lebih dalam, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin.
Adalah penting mempunyai siri pelbagai jaringan itu bagi memenuhi keperluan yang berbeza termasuk dalam isu kesihatan, pendidikan, sosial, keluarga dan perumahan, tambah Encik Tan.