PEMIMPIN dan wakil pertubuhan Melayu/Islam setempat antara ribuan warga yang meluangkan masa memberi penghormatan terakhir kepada jenazah mantan Presiden S R Nathan semalam.
Antara wakil pertubuhan yang dilihat Berita Harian di Bangunan Parlimen semalam ialah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Mendaki dan Pusat Harmoni.