SETIBANYA jenazah Allahyarham Othman Wok di Masjid Sultan semalam, gerimis merintik membasahi bumi seraya mengiringi keranda.
Namun, ketika solat jenazah berlangsung tidak lama kemudian, hujan lebat menyelubungi kawasan Kampong Glam - sederas air mata yang mengiringi pemergian anak watan Singapura itu yang sudah banyak menabur bakti.