BELIAU berada beribu batu dari tanah kelahirannya, namun bagi mahasiswa tahun kelima jurusan pergigian di King's College London di Britain, Encik Faisal Abdul Aziz, mengekalkan ikatan erat dengan Singapura menjadi begitu penting.
Ini kerana menurutnya, "kita harus mengetahui landskap ekonomi dan sosial yang pesat berubah, dan Singapura yang saya tinggalkan pada 2009 sama sekali berbeza daripada yang ada sekarang".