Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden dedah sebab permohonan George Goh ditolak

Aug 18, 2023 | 11:20 PM



Jabatan Pilihan Raya Presiden (PEC) kurang yakin lima syarikat yang dikemukakan peniaga, Encik George Goh dalam permohonannya untuk menjadi calon Pilihan Raya Presiden boleh dianggap pertubuhan sektor swasta tunggal.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, PEC berkata ia telah ‘mempertimbangkan secara teliti’ permohonan Encik Goh.

“Namun, selepas mengambil kira fakta relevan dan keadaan, termasuk bagaimana syarikat-syarikat itu dimiliki, diuruskan dan dikendalikan, Jawatankuasa itu tidak yakin lima syarikat boleh dianggap sebagai pertubuhan sektor swasta tunggal,” kata kenyataan itu.

“Justeru, dengan sebab yang diterangkan dalam surat Jawatankuasa kepada Encik Goh, Jawatankuasa tidak dapat memberikan Encik Goh Sijil Kelayakan di bawah Artikel 19(4)(b) dalam Perlembagaan.

Di sidang media yang diadakan di rumah Encik Goh awal dari itu, beliau telah berkata beliau tidak dapat menerima keputusan PEC yang dianggapnya tidak adil.

Menyusuli itu, menerusi satu kenyataan media, Encik Goh berkata PEC mengambil interpretasi amat sempit akan syarat yang diperlukan, tanpa memberi sebab bagi keputusan yang diambilnya.

PEC berkata ia memutuskan untuk mengemukakan surat yang dikirimkan kepada Encik Goh sebagai respons kepada dakwaan awam yang dikemukakan ke atasnya.

Dalam surat yang dikirimkan kepada Encik Goh, PEC menamakan lima syarikat yang dikemukakan Encik Goh dalam permohonannya.

Dalam permohonan Encik Goh, beliau menyatakan beliau Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ossia International LImited, Timbalan Pengerusi Eksekutif Pertama Holdings, Pengerusi Eksekutif Kumpulan ITG International, Ketua Pegawai Eksekutif Crown Essentials Limited dan Ketua Pegawai Eksekutif Vernal Ventures.

Crown Essentials Limited berdaftar di British Virgin Islands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >