Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jaya rangkul emas walau tanding bidang luar dari zon selesa

Apr 24, 2023 | 06:36 PM



CIK Selina Sapii sebelum ini biasa berada di bahagian dapur membuat pastri dan membakar manisan untuk dihidangkan kepada pelanggan.



Namun kali ini, Cik Selina me nyahut cabaran baru untuk berada di bahagian hadapan pula, melayani pelanggan menerusi bidang perkhidmatan restoran dalam pertandingan WorldSkills Singapura 2023.



Sebagai anak muda yang suka mencabar dirinya, beliau yang berusia 21 tahun berkata bahawa beliau telah mengambil kesempatan ini untuk mendedahkan dirinya kepada industri makanan dan minuman (F&B) serta perkhidmatan pelanggan.



“Saya sebenarnya menyertai bidang memasak kerana ia merupakan sesuatu yang saya minat dan ia membuatkan saya rasa lebih yakin,” kata lulusan Nitec Pastri dan Membuat Kuih itu.



“Namun, disebabkan kini saya merupakan pelajar Diploma Operasi Restoran dan Masakan, saya digalakkan oleh jurulatih saya untuk mencuba sesuatu yang baru.



“Memang pada awalnya saya tidak rasa begitu yakin, tetapi lama kelamaan, saya fikir bahawa ini adalah peluang bagi saya untuk mendapatkan kemahiran yang menyeluruh, apabila saya menceburi industri ini pada masa akan datang,” jelas pelajar Politeknik Republik (RP) itu.



Bertanding dalam bidang Perkhidmatan Restoran, Cik Selina harus mempelajari beberapa kemahiran baru, yang dinilai.



Antaranya termasuk menjadi seorang barista, menghasilkan ukiran buah-buahan, menyediakan minuman, melipat napkin, serta menghidang jamuan-dining’. Memandangkan beliau hanya mempunyai pengetahuan yang terhad sebagai pekerja sambilan di sebuah restoran, Cik Selina telah menjalani latihan bersama jurulatihnya seawal Mei 2022. Beliau telah berlatih sebanyak tiga kali seminggu, sekitar lima jam sehari.



Sebulan sebelum pertandingannya pula, sesi latihannya menjadi semakin intensif.



Menurutnya, beliau menghabiskan sekitar 12 jam sehari untuk berlatih semasa cuti sekolahnya.



Mengulas tentang cabaran yang dihadapinya ketika menjalani latihan, Cik Selina berkata terdapat beberapa kali beliau rasa tertekan sehingga menangis.



“Saya rasa kadangkala terlalu banyak perkara yang saya harus pelajari dan rasa kecewa dengan diri saya apabila saya tidak dapat melakukannya dengan betul.



“Contohnya bagi aspek barista, saya harus menghasilkan bentuk hati dalam minuman di cawan. Setiap kali saya melakukannya, ia tidak menjadi dan membuatkan saya rasa bahawa saya tidak mempu nyai bakat,” jelasnya.



Namun, dengan sokongan keluarga, rakan-rakan dan pelatihnya, beliau tidak putus asa untuk mencuba dan mempelajari daripada kesalahannya.



Apabila tiba hari pertandingan, setiap keringat dan air matanya akhirnya membuahkan hasil apabila beliau merangkul anugerah emas dalam bidang tersebut.



“Saya tidak percaya apabila nama saya diumumkan sebagai penerima anugerah emas. Ketika saat itu, air mata saya mengalir turun ke pipi saya kerana saya rasa bertuah apabila berkat usaha saya diiktiraf,” kata anak bongsu dari tiga beradik itu.



Menurut Cik Selina, pengalaman ini merupakan proses mengenali diri, di mana beliau pelajari tentang kekuatan dan kelemahannya.



“Pengalaman ini telah membantu saya untuk memikirkan tentang kerjaya yang ingin saya ceburi pada masa akan datang,” ujarnya yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajiannya ke sekolah masakan berprestij, Le Cordon Bleu selepas tamat pe ngajian di RP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >