Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JCube akan ditutup bagi projek rumah 40 tingkat

Feb 07, 2023 | 08:48 PM



PUSAT beli-belah JCube di Jurong East Central akan ditutup pada 6 Ogos untuk memberi laluan kepada pembangunan kediaman 40 tingkat. 


Bangunan kediaman baru itu disasarkan siap pada 2027 dan akan merangkumi ruang komersial di tingkat satu dan dua.


Pembangunan perumahan baru itu dikatakan akan melengkapkan rancangan pemerintah membawa rumah, perniagaan, kemudahan rekreasi dan kemudahan baru ke Daerah Tasik Jurong, kata syarikat pemaju Capitaland Development dalam kenyataannya pada Selasa (7 Feb).


Pusat beli-belah itu akan ditutup pada 10 malam 6 Ogos, dan Capitaland berkata ia bekerjasama rapat dengan penyewa dan menyediakan sokongan yang diperlukan untuk memastikan penyerahan premis berjalan lancar.


Pembangunan kediaman baru itu akan dihubungkan terus ke stesen tukaran MRT Jurong East, Westgate dan Bangunan IMM melalui J-Walk, yang merupakan rangkaian pejalan kaki bertingkat berbumbung di daerah itu, tambah kenyataan itu.


Pada masa ini stesen tukaran Jurong East aalah bagi Laluan Timur-Barat dan Laluan Utara-Selatan, tetapi ia akan dihubungkan dengan Laluan Wilayah Jurong masa depan, yang akan dibuka secara berperingkat mulai 2027.


Stesen itu juga akan menyediakan Laluan Rentas Pulau (CRL) yang akan datang, yang akan dibuka secara berfasa mulai 2030.


Pembangunan yang dirancang itu juga akan dihubungkan dengan Hab Pengangkutan Bersepadu Jurong East yang akan datang. 


Ia merangkumi pusat tukaran bas berhawa dingin, perpustakaan awam, kelab masyarakat, dan pusat sukan antara ruang komersial lain.


Ketua Eksekutif Capitaland, Encik Tan Yew Chin, berkata pembangunan itu dijangka dilancarkan untuk jualan pada separuh kedua tahun ini.


Pembangunan Daerah Tasik Jurong dijangka menjadi daerah perniagaan terbesar Singapura di luar kawasan tengah.


Ia dijangka menyediakan kira-kira 100,000 pekerjaan baru dan 20,000 rumah baru antara 2040 dan 2050.


Ini akan menambah kepada satu juta penduduk yang sudah tinggal di wilayah barat Singapura, tambah kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >