Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jeffrey George bukan lagi pengerusi SDP

Nov 05, 2015 | 11:26 AM



Encik Jeffrey George, yang ditangkap kerana kesalahan dadah minggu lalu, tidak lagi menjadi pengerusi Parti Demokratik Singapura (SDP) sejak Sabtu lalu, menurut ketua parti, Dr Chee Soon Juan.


Setiausaha agung SDP itu memberitahu pemberita pada Rabu (4 Nov) bahawa persidangan anggota biasa parti tersebut diadakan Sabtu lalu untuk memilih jawatankuasa eksekutif pusat baru.


Encik George, 51 tahun, tidak hadir dan tidak dapat dihubungi, ujar Dr Chee, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis.


Oleh itu, Dr Wong Souk Yee, 56 tahun, seorang pensyarah adjung yang merupakan seorang calon SDP di GRC Marsiling-Yew Tee dalam pilihan raya umum September lalu, dipilih sebagai pengerusi.


Encik George tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam CEC, kata Dr Chee, yang bercakap kepada pemberita di sebuah persidangan Institut Kajian Dasar (IPS), di mana beliau menjadi panelis.


Menurut Dr Chee, persidangan SDP itu rutin dan tidak ada kena-mengena dengan peristiwa sekitar Encik George, seorang jurutera perkapalan yang dipilih sebagai pengerusi pada Oktober 2013.


Pada Selasa, Biro Narkotik Pusat (CVNB) mengesahkan Encik George telah ditangkap kerana kesalahan berkaitan dadah dan siasatan sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >