SEORANG lelaki berusia 45 tahun, yang merogol pembantu rumahnya yang berasal dari Myanmar dua kali dalam tempoh enam jam di flatnya di Pasir Ris, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan sebat 20 kali semalam.
Pengedar minuman keras warga Malaysia itu, yang juga Penduduk Tetap (PR) Singapura, telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $70,000.