Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah haji pertama S’pura berangkat 8 Jun

May 27, 2023 | 02:45 PM



SEBAGAI sebahagian persiapan menunaikan haji, Encik Zulkhairi Abu Bakar dengan secara gigih dan konsisten berjalan pantas sejauh 10 kilometer setiap minggu, gara-gara mahu memastikan beliau bersedia secara fizikal untuk melaksanakan ibadah tersebut.

Ini memandangkan jemaah kali pertama ini bukan sahaja bakal ke Tanah Suci bersama isterinya, tetapi juga membawa bersama ibu bapanya yang berusia 69 tahun dan 76 tahun.

Kumpulan pertama jemaah Haji bakal berangkat pada 8 Jun ini, sementara kumpulan terakhir akan bertolak pada 24 Jun. Encik Zulkhairi, 51 tahun dan isterinya, Cik Siti Aisah Mohamed Yusop, 46 tahun, yang menunggu 10 tahun untuk giliran mereka, akan berangkat sebagai rombongan haji terakhir Singapura, pada 24 Jun.

Tahun ini, Singapura telah diberi kuota rasmi haji sejumlah 900.

“Saya nak biasakan tubuh saya banyak berjalan. Kedua ibu-bapa saya sudah berusia... bapa saya tidak kuat berjalan, mereka mengharapkan dan bergantung kepada saya nanti,” ujar penjawat awam berusia 51 tahun itu.

Satu lagi pasangan yang meluahkan kegembiraan kerana akhirnya dapat menyambut panggilan untuk melaksanakan ibadah haji setelah 10 tahun ialah jemaah kali pertama Encik Abdul Malik Abdul Latiff, 65 tahun, dan isterinya, Cik Norsinah Hamid, 62 tahun.

Mengimbas kembali detik menerima tawaran haji, Encik Malik, yang juga pengurus operasi di sektor minyak dan gas, berkata:

“Apabila kami menerima panggilan pada waktu malam daripada Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), saya mula-mula ingat scammer! Tetapi selepas saya telefon balik, saya dapati ia benar. Memang kami bersyukur. Ini sesuatu yang kami sudah lama menunggu.”


Dalam pada itu, menurut Muis, Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) – terdiri daripada 29 anggota – akan menubuhkan Pusat Operasi Haji di Makkah dan Madinah bagi pentadbiran dan pengurusan jemaah dengan klinik di Makkah, Madinah dan Shisha.

SPAO diketuai Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, dan turut merangkumi 19 pegawai perubatan dan pegawai kejururawatan yang akan memberi sokongan kepada jemaah haji di sana sekiranya berlaku masalah berkaitan kesihatan dan perubatan.

Sewaktu taklimat pra-keberangkatan yang diadakan di Max Atria pada Sabtu, Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat A. Rahman yang akan mengetuai rombongan bagi musim haji tahun ini menggesa jemaah haji agar terus menjaga kesihatan mereka.

“Demi keselamatan dan kesejahteraan para jemaah, saya ingin menasihatkan agar kita sentiasa mematuhi segala peraturan keselamatan yang diberikan, dan mengelak dari mengunjungi kawasan-kawasan larangan di sana.

“Jemaah haji harus sentiasa berwaspada, menjaga kesihatan dan amalkan kebersihan diri yang baik, dan teruslah berjumpa dengan pegawai kesihatan kita di sana sekiranya anda berasa tidak sihat,” katanya kepada jemaah yang hadir bagi sesi taklimat tersebut.

Encik Saat turut memberi jaminan bahawa Muis akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dari Singapura dan Saudi berkenaan status penyakit Covid-19, dan mengambil tindakan yang sewajarnya apabila mereka memberi nasihat terkini.  

Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohd Murat, turut menyampaikan ceramah nasihat keagamaan yang antaranya menyentuh tentang persiapan yang perlu dibuat jemaah bukan sahaja secara mental dan fizikal tetapi secara rohani juga.

“Anda bertekad untuk mengatasi kepanasan cuaca, kesesakan orang ramai, perjalanan jauh, ketidakbiasaan tempat, serta ujian kesabaran dan kerendahan hati, sambil anda berdiri di dalam satu saf, bersatu dalam pengabdian dan kesetaraan dengan saudara-saudara anda yang lain dari segenap pelusuk dunia.

“Oleh itu, adalah wajar untuk anda memerhatikan tanggungjawab peribadi dan mengamalkan tanggungjawab sosial yang baik. Jagalah kesihatan dan kebersihan sepanjang perjalanan. Persiapkan diri secara mental dan fizikal untuk melaksanakan manasik haji dan umrah dengan baik,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >