JEMAAH Singapura yang berada di Baitulmakdis beberapa hari lalu berada dalam keadaan selamat dan sejauh ini tidak terjejas dengan kekecohan yang dilaporkan berlaku di kawasan itu.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel Rabu lalu, yang mencetuskan pertelingkahan antara penunjuk perasaan Palestin dengan tentera Israel di beberapa tempat di Tebing Barat dan Jaluran Gaza.