Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenayah naik 4% pada 2015, terutama dek jenayah komersial dalam talian

Feb 12, 2016 | 11:43 AM



Jenayah keseluruhan di Singapura pada 2015 bertambah 4 peratus, terutamanya disebabkan peningkatan jenayah komersial dalam talian seperti penipuan melibatkan e-dagang, kredit untuk seks dan penipuan cinta Internet.


Terdapat 33,608 kes jenayah tahun lalu, bertambah daripada 32,315 kes pada 2014, menurut statistik jenayah tahunan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Singapura pada Jumaat (12 Feb).


Jenayah komersial meningkat kira-kira 47 peratus. Jenayah penipuan melibatkan e-dagang, kredit untuk seks dan penipuan cinta Internet bertambah daripada 1,929 kes pada 2014 kepada 3,759 kes tahun lalu.


Penipuan kredit untuk seks bertambah 1,723 peratus - daripada 66 kes pada 2014 kepada 1,203 kes tahun lalu.


Ia melibatkan lelaki diminta oleh wanita menarik di platform media sosial membeli kad hadiah dan kredit dalam talian untuk mendaoat perkhidmatan seks, yang akhirnya mangsa tidak dapat.


Jumlah yang ditipu ialah kira-kira $2.9 juta, dengan jumlah terbesar kira-kira $74,000.


Penipuan cinta Internet meningkat 93 peratus, dan jumlah keseluruhan yang ditipu ialah kira-kira $12 juta.


Polis berkata penipuan kredit untuk seks dijalankan oleh sindiket asing. Mangsa kebanyakannya lelaki berusia antara 20 dan 39 tahun.


Mangsa penipuan cinta Internet pula kebanyakannya wanita dan berumur antara 30 dan 60 tahun.


Dalam kes sedemikian, wang biasanya lesap.


Polis menambah ia telah bekerja dengan rakan-rakan asing bagi mengambil tindakan tegas ke atas sindiket yang menyasarkan rakyat Singapura. Khususnya, ia bekerja bersama pihak berkuasa China dalam satu siasatan jenayah selama lapan bulan bagi meleburkan sindiket di China.


Pada separuh pertama 2015, ia menerima 627 laporan polis berhubung penipuan kredit untuk seks Alipay, menyebabkan kerugian $1.6 juta.


Mereka menahan 43 orang selepas tindakan keras, membuat jumlah kes berkurangan.


Polis juga telah bekerjasama dengan Interpol dan polis Filipina pada masa lalu untuk menangani kes peras ugut siber.


Encik David Chew, pengarah Jabatan Hal Ehwal Komersial, berkata rakyat Singapura juga perlu mengambil langkah-langkah bagi melindungi diri mereka daripada jenayah dalam talian.


Sebaliknya, hampir semua kes jenayah lain, seperti jenayah kekerasan atau hartanah serius, pecah masuk, kecurian, dan peras ugut siber berkurangan.


Kes gangguan tailong pula mencatat jumlah paling rendah dalam masa 10 tahun.


Polis berkata masyarakat kekal menjadi "rakan kongsi paling penting terhadap penjenayah dan pengganas".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >