Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenazah mendiang Encik Lee kini di Parlimen

Mar 26, 2015 | 11:00 AM



KERANDA yang membawa jenazah mendiang Encik Lee Kuan Yew telah meninggalkan Istana dan kini berada di bangunan Parlimen.


Orang ramai mula beratur di sepanjang Orchard Road bermula di Istana melintasi Plaza Singapura, dan Sekolah Seni Singapura (Sota) untuk menyaksikan upacara pengusungan jenazah itu.


Suasana pilu amat dirasakan tatkala perarakan membawa keranda jenazah mendiang Encik Lee berlangsung sepanjang perjalanan.


Antara yang mula beratur di luar Istana ialah Encik Edward Ho, 39 tahun serta sepupunya Encik Alvin Loh, 40 tahun.


Mereka tiba di Istana sekitar 11 malam tapi hanya dibenarkan beratur bermula 3 pagi.


Mereka tiba awal memandangkan Encik Ho perlu menaiki pesawat pada 1 petang ini dan mereka ingin pastikan tidak terlepas peluang memberikan penghormata kepada mendiang Encik Lee.


Sementara itu di luar bangunan Parlimen sekitar 1,000 orang dilihat berkumpul.


Perarakan berjalan kaki sejauh 70 meter diiringi anak mendiang Encik Lee, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, serta isterinya Cik Ho Ching, anak perempuannya Lee Wei Ling, seorang lagi anaknya Encik Lee Hsien Yang berserta isterinya Cik Lim Suet Fern dan tujuh cucunya.


Orang ramai dilihat berteriak nama mendiang Encik Lee dan 'MM Lee, kami sayangkan anda' sedang keranda jenazah mendiang Encik Lee diusung atas sebuah pedati meriam.


Pedati meriam itu yang membawa keranda jenazah mendiang Encik Lee telah meninggalkan Istana pada 9 pagi dan melalui kawasan seperti Orchard Road, Bras Basah Road dan North Bridge Road.


Perjalanan sejauh dua kilometer itu mengambil masa sekitar lima minit untuk tiba di bangunan Parlimen.


Tradisi menggunakan pedati meriam majlis digunakan dalam upacara perarakan keranda jenazah khusus sejak zaman penjajahan British.


Setibanya keranda di bangunan Parlimen, orang ramai yang berkumpul di luar sekali lagi memekik nama mendiang Encik Lee.


Ada pula yang memekik, 'Kami sayangkan anda' dan 'terima kasih'.


Orang ramai kemudian mula berpusu-pusu masuk ke bangunan Parlimen untuk memberikan penghormatan terakhir mereka kepada mendiang Encik Lee.


Upacara penghormatan untuk mendiang Encik Lee dibuka kepada orang ramai mulai hari ini sehingga Sabtu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >