Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenazah mendiang presiden S R Nathan di Parlimen bagi perkabungan negara

Aug 25, 2016 | 10:44 AM



JENAZAH mendiang mantan presiden S R Nathan telah dibawa ke Parlimen buat kali terakhir pada pagi Khamis (Ogos 25).



Keranda berisi jenazah mendiang meninggalkan kediaman keluarga beliau di Ceylon Road pada 8.45 pagi.



Kira-kira 100 orang membarisi tepi jalan itu untuk memberi ucapan perpisahan terakhir buat mendiang, sedang anggota keluarga dan rakan-rakan berjalan kaki mengiringi jenazah hingga hujung Ceylon Road.



Antara mereka ialah sekumpulan kanak-kanak dari prasekolah Zee Junios dan guru mereka.



Encik Nathan meninggal dunia pada Isnin pada usia 92 tahun selepas mengalami angin ahmar.



Mendiang presiden keenam Singapura dan yang paling lama berkhidmat.



Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di Parlimen pada Khamis, dari 10 pagi hingga 10 malam.



Ramai telah menunggu di Bangunan Parlimen seawal 7.30 pagi Khamis.



Pada kira-kira 9 pagi, jenazah tiba di Bangunan Parlimen.



Keranda disambut oleh Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, sedang sembilan pengusung memindahkannya ke dalam bangunan dan kemudian meletakkannya di atas usungan.



Sebagai penghormatan tertinggi kepada seorang pemimpin, bendera negara menutupi keranda mendiang, dengan lambang bulan sabit dan bintang diletak di atas kepala dan berhampiran hati beliau.



Sekumpulan anggota gerakan buruh, diketuai ketua buruh, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing, antara yang awal berada di Parlimen.



Jenazah mendiang Encik Nathan akan berada di Parlimen bagi perkabungan negara sebelum upacara pengebumian negara pada petang Jumaat.



Empat pegawai beruniform akan terus berjaga-jaga di empat sudut keranda - penghormatan paling tinggi bagi orang yang berpergian.



Pengormatan serupa diberi kepada mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew dan mantan menteri Kabinet.



Pingat yang dianugerahkan kepada mendiang, seorang kakitangan awam dan diplomat yang lama berkhidmat, akan dipamerkan.



Ia termasuk penghormatan awam tertinggi Singapura, Perintah Temasek (Kelas Pertama), yang diterima beliau pada 2013, dan Pingat Jasa Gemilang, yang dianugerahkan pada 1974.



Mereka yang ingin ke bangunan Parlimen harus memasuki menerusi St Andrew's dari stesen MRT City Hall.



Upacara pengebumian negara akan diadakan di Pusat Kebudayaan Universiti dari 3 hingga 5 petang pada Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >