Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jerebu di Singapura berkurangan tapi masih di paras tidak sihat

Sep 11, 2015 | 08:18 PM



Jerebu di Singapura berkurangan sejak awal pagi Jumaat (11 Sep).


Pada 7 malam, Indeks Standard Pencemaran (PSI) 24 jam di paras 129-148, meletak mutu udara di paras pertengahan julat tidak sihat (101-200), menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).


The PSI 24-jam jatuh selepas memuncak antara paras 158 dan 182 pada 5 pagi.


Bilangan titik panas yang dikesan di Sumatera juga telah berkurangan, daripada 328 pada Khamis kepada 304 pada Jumaat.


Ini disebabkan perubahan arah angin ke tenggara, yang diramal berterusan pada Sabtu, ujar NEA.


PSI 24-jam dijangka terus berada dalam paras rendah hingga pertengahan julat tidak sihat, dan mungkin jatuh ke paras tinggi julat sederhana iaitu antara 51 dan 100, tambahnya.


Maklumat terkini mengenai keadaan jerebu boleh didapati di laman mikro jerebu (www.haze.gov.sg), laman web NEA (www.nea.gov.sg), halaman Facebook NEA (www.facebook.com/NEASingapore) atau aplikasi myENV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >