JEREBU yang menyelubungi Singapura semakin berkurang petang semalam, sekali gus mendorong sebahagian penduduk mengambil kesempatan keluar beriadah.
Meskipun Indeks Piawai Pencemaran (PSI) kekal di tahap tidak sihat iaitu antara 101 dengan 200, bacaannya bertambah baik mulai 12 tengah hari dengan PSI 24 jam turun sedikit.