Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jerebu melanda sedikit pagi Rabu

Mar 30, 2016 | 10:49 AM



JEREBU melanda Singapura semula pada pagi Rabu (30 Mac), dengan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam berada di paras sederhana 68-82 pada 9 pagi.



Bacaan 0 hingga 50 PSI 24 jam bermakna mutu udara dalam julat baik, manakala bacaan 51-100 bermakna ia dalam julat sederhana.



PSI 24 jam berlegar pada paras 40 hingga 60 sejak beberapa bulan kebelakangan, dan paras pagi Rabu ialah kenaikan ketara pertama indeks itu tahun ini.



PSI tiga jam, yang tidak dikaitkan dengan sembarang nasihat kesihatan, berada di paras 78 pada 9 pagi, menyusuli tempoh pendek pada Selasa malam apabila ia mencecah 87 pada 8 malam.



Sejak petang Selasa, langit Singapura bertukar menjadi kelabu dan bau terbakar dapat dihidu.



Menurut laporan Xinhua pada Selasa, pemerhatian oleh satelit Terra dan Aqua Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat pada Selasa mengesan jumlah kawasan panas hutan di Indonesia telah meningkat kepada 40 daripada 13 pada 18 Mac.



Tiga puluh tujuh daripadanya di Sumatera, dan tiga di Sulawesi, Maluku dan Papua, kata laporan itu.



Bagaimanapun, dalam kemas kini di laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Selasa, kegiatan kawasan panas dikatakan lemah di rantau selatan Asean kerana keadaan cuaca basah, dengan tompok panas terpencil dikesan di Brunei.



Sementara itu, kawasan panas bertaburan dikesan di Vietnam, Laos dan Kemboja.



Singapura mengalami antara serangan jerebu paling teruk tahun lalu, apabila musim El Nino berlanjutan.



Bacaan PSI mencapai tahap berbahaya pada September 2015, hingga sekolah rendah dan menengah ditutup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >