LANGIT biru lagi cerah yang kembali menyinari Singapura selepas dikaburi jerebu sejak beberapa minggu lalu mendorong ramai warga keluar bersantai bersama keluarga hujung minggu lalu.
Malah, sesetengah warga yang terpaksa terperap di rumah sejak beberapa minggu lalu bagi mengelak jerebu yang menyesakkan juga gembira kerana akhirnya dapat menghirup udara segar.